Peranan wanita di dalam sejarah Melayu Islam

Posted: February 8, 2012 in Commentary
Tags: , ,

Peranan wanita di dalam sejarah Melayu Islam

Terima kasih terhadap Imran Taib kerana menyunting dan meluruskan bahasa

Kian hari, kita terbaca komentar-komentar yang masih mengatakan tempat utama kaum wanita di rumah. Walaupun kedudukan tinggi kaum wanita diiktiraf dan tidak semestinya terperukdi rumah, aktiviti wanita di ruang awam masih dianggap sebagai bergantung kepadakeadaan dan keperluan, bukan sebagai satu kelaziman. Komentar begini selalunya cuba menyandarkan pendapat pada nilai-nilai agama, khususnya merujuk pada”kehendak Tuhan” atau ”anjuran Nabi”. Malangnya, kerap kali rujukan ayatal-Qur’an atau petikan hadis yang jelas tidak diberikan. Gejala inilah yang disebut Malik Imtiaz, seorang pemikir-aktivis dari Malaysia, sebagai gejala ‘Islam-as-I-say-tion’ (’Islam berdasarungkapan saya’). Seorang ahli fikih dari Amerika pula, Profesor Khaled Abou ElFadl menyebutnya sebagai gejala ”bercakap atas nama Tuhan”. Gejala ini bersifat memaksa (authoritarian), dan berbeza dari fahaman Islam yang berwibawa (authoritative).Fahaman yang berwibawa mendasarkan pendapat pada pemahaman yang mendalam dan menghargai kompleksiti dalam penggunaan sesuatu kutipan ayat al-Qur’an atau hadis. Sebaliknya, fahaman yang memaksa hanya berminat memberikan pendapatnyasendiri tanpa hujah yang kuat atau jelas. Sikap memaksa inilah yang seringdilihat dalam hujah-hujah yang bersifat chauvinis dalam menindas hak-hak wanita. Satu cara pendangan chauvinis boleh dipatahkan ialah dengan memberikan contoh-contoh dari sejarah akan peranan penting yang dimainkan wanita dalamruang awam.

Bukti penerimaan kepimpinan wanitadalam Islam boleh dilihat di dalam pengiktirafan yang diberikan kepada Ratu Balqis sepertimana yang disebut di dalam al-Qur’an. Beliau digambarkan sebagaiseorang pemimpin yang berhemah dalam hubungan kenegaraannya dengan NabiSulaiman a.s. Bukti penerimaan ini juga boleh dilihat pada sosok Siti Khadijahr.a., isteri Rasulullah s.a.w. sendiri. Penting dinyatakan bahawa Khadijahtidak berdagang kerana keadaan yang memaksa, tetapi memilihnya sebagai kerjayadan terus berdagang setelah memeluk agama Islam. Peranan penting wanita diruang awam juga boleh diteladani dari contoh seorang lagi isteri Rasulullah s.a.w., Aisyah r.a., yang bukan sahaja terkenal sebagai pemimpin di medan perang, tetapi merupakan seorang sarjana wanita yang mengajar sekian ramai sahabat-sahabat Nabi, baik lelaki atau wanita. Contoh-contoh seperti Khadijahdan Aisyah bukanlah tokoh-tokoh yang memainkan peranan sampingan sahaja didalam sejarah Islam. Mereka mempunyai posisi penting yang setaraf dengan parapejuang Islam lelaki lainnya. Mengikut Dr. Mohammad Akram Nadwi, seorang sarjana Islam di Universiti Oxford terdapat lebih dari lapan ribu sarjanawanita Islam terunggul sepanjang sejarah Islam. Sarjana wanita pada masa itusetaraf dengan kaum lelaki dan sering berdebat, berwacana dan membimbing umatIslam. Nabi Muhammad s.a.w.sendiri bersifat reformis terhadap peranan wanita di dalam masyarakatnyapada masa itu. Contohnya, dengan turunnya wahyu, dia mengizinkan wanitamewarisi harta, dimana sebelumnya mereka bukan sahaja tidak berhak untuk mendapat harta tetapi menjadi bahan yang diwarisi.

Bukan sahaja dalam sejarah Islam,tetapi di dalam sejarah Melayu Nusantara, kaum wanita kerap memainkan perananpenting di dalam pembinaan peradaban di ruang awam. Seperti diceritakan didalam Hikayat Panji Semirang Asmarantaka,seorang permaisuri Jawa bernama Galuh Candra Kirana dibuang negeri dan terpaksa menyamar sebagai seorang lelaki bergelar Panji Semirang. Dengan samaran ini, beliau dapat membuktikan kegagahannya dan akhirnya berjaya menubuhkan sebuahkerajaan bersama kekasihnya. Di contoh yang lain, negeri Aceh yang disanjung sebagai Serambi Mekah kerana ketaranya sifat Islam di negeri itu pernahdiperintah di bawah naungan lima orang Ratu wanita. Aceh juga pernahmenyaksikan perjuangan laksmana perempuan, Keumalahayati yang bergelar ”Singa Samudra” kerana mengambil garis depan dalam menentang pencerobohan pihakBelanda pada abad ke-16.

Pada zaman kolonial pula,tokoh-tokoh wanita seperti Shamsiah Fakeh dan Khadijah Sidek bergerak aktif menentang British di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan untuk Malaya. Shamsiah Fakeh merupakan pemimpin Angkatan Wanita Sedar (AWAS) di masa gerakanpolitik masa aman dan meneruskan perjuangan secara bersenjata setelah Darurat diisytiharkan pada tahun 1948. Khadijah Sidek pula diantara tokoh politikwanita yang berjuang di masa kemerdekaan untuk UMNO dan PAS. Mereka ini jugabergiat aktif di tanah Singapura. Sejarah membuktikan bahawa sumbangan wanita pada masa itu bukan sesuatu yang bersifat terpencil dan sampingan. Mereka merupakan tokoh-tokoh berperanan besar dalam mengubah sejarah dan usaha-usaha mereka ini didukungi oleh sekian ramai kaum wanita jelata.

Sepanjang sejarah, tokoh-tokoh wanita ini menumpukan perhatian mereka pada tema-tema besar seperti memperjuangkan hak dan kebebasan, menegakkan keadilan, dan membanteras penindasan dan penjajahan demi agama, masyarakat dan bangsa. Di zaman kontemporari ini, ramai wanita Melayusudahpun berpendidikan tinggi dan bekerja di berbagai bidang dan jurusan.Makanya, amat dikesalkan sekiranya kita masih lagi membicarakan fungsi wanitahanya di dalam rumahtangga. Lebih parah lagi sekiranya kita hanya mampu berwacana mengenai cara-cara mengawal akhlak dan pribadi wanita, umpamanya carasuami mengawal isteri atau cara ibubapa mengawal anak dara. Wacana sebeginihanya akan mengusutkan keadaan dan membangkit perasaan muak dikalangan generasi muda yang terpelajar. Umumnya, generasi muda terpelajar tidak lagi melihatnorma-norma lampau seperti ’fungsi utama wanita ialah melayan suami danmengurus rumahtangga’ sebagai serasi dengan perubahan masyarakat yang serba moden ini. Pentingnya, tinjauan sejarah bersimpati dengan pandangan anak-anakmuda ini kerana sejarah membuktikan bahawa aspirasi wanita tidak seharusnyaterhad kepada takrif tradisional. Wujudnya perbezaan fungsi dan tugas antaralelaki dan wanita bukanlah sesuatu yang bersifat semulajadi. Ianya berdasarkankonteks dan perubahan masyarakat. Adalah tidak adil sekiranya di dalam konteksmasyarakat moden di mana wanita sudah bekerja dan bergiat di ruang awam, merekamasih dilihat sebagai pengurus rumahtangga. Beban mendidik anak dan menguruskan rumahtangga haruslah dipikul sama antara suami dan isteri. Kerosakan akhlak dizaman moden ini juga bukanlah berpunca dari wanita sahaja. Jadi, lebih baikjika obsesi kita untuk mengawal keperibadian wanita, disalurkan untuk mengkajiprasangka chauvanis yang tersirat di dalam norma-norma tradisional yang masih dianggap semulajadi dan tidak boleh dipersoalkan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s